Jumaat, 2009 November 06

MPPP KOTA BELUD DIBENTUK


KEMAJUAN……Abdul Rahman memperkatakan sesuatu kepada Ahli Jawatakuasa MPPP bagi kawasan Parlimen Kota Belud pada mesyuarat itu.

Disediakan Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI

KOTA BELUD :
Mesyuarat Majlis Pembangunan Parlimen (MPPP) Kawasan Kota Belud yang pertama telah diadakan di pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Kota Belud, baru-baru ini.

Mesyuarat tersebut telah di pengerusikan oleh Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan dan dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan negeri dan persekutuan dan juga para pemimpin masyarakat setempat.

MPPP telah diwujudkan di setiap kawasan parlimen di seluruh negara bagi menyelaras semua projek pertanian di setiap kawasan yang terbabit.

Antara lain peranan MPPP ialah bertanggungjawab memastikan semua maklumat terkini termasuk dari segi bantuan, peruntukan dan kemudahan yang disediakan kementerian sampai kepada para petani dengan cepat dan berkesan.

Majlis itu juga bertindak sebagai saluran kepada para petani untuk menyuarakan masalah yang dihadapi bagi membolehkan tindakan segera diambil.

Dalam perkembangan berkaitan, mesyuarat berkenaan turut dihadiri wakil pertanian, penternak, nelayandan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung.

0 comments: