Jumaat, 17 September 2010

Najib-Kerajaan Tidak Tolak Untuk Lantik Anak Sabah.



Kerajaan tidak menolak cadangan untuk menempatkan anak Sabah sebagai Ketua Jabatan Persekutuan di negeri ini.


Malah, ketika ini, 37 daripada 80 jawatan Ketua Jabatan Persekutuan di peringkat negeri diisi oleh orang Sabah.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, berkata Kerajaan sendiri sentiasa berusaha menghantar mereka yang layak bukan sahaja untuk mengisi Ketua Jabatan Persekutuan di peringkat negeri.

Malah tambah beliau peluang tersebut juga diberikan kepada anak Sabah di peringkat persekutuan di Kuala Lumpur dan Putrajaya.


" Ini sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk meningkat dalam kerjaya dan menggalakkan orang Sabah menyertai perkhidmatan awam bukan sahaja di peringkat negeri, tetapi juga di peringkat persekutuan." jelasnya lagi.

9 ulasan:

watasikadi berkata...

JADI KENAPA TAK SOKONG YONG TECK LEE CAKAP DULU TIME PAK LAH PM DULU? WHY??????HEHE..YONG TECK LEE CAKAP SALAH.. MAIJOL MAHAP PLAK CAKAP BETUL LA YE? LUCU JUGAKLA..HEHEHE

Unknown berkata...

SALAM GEMPUR SABAH ...

MOHON LINKKAN BERSAMA BLOG SAUDARA BERSAMA BLOG KAMI.

SALAM PERJUANGAN.

Sabahan People Movements berkata...

Konsep ketuanan Melayu, di mana kaum Melayu didahulukan dari segi jawatan dalam kerajaan, kemasukan ke IPTA, biasiswa, tender kontrak dan sebagainya adalah penghalang utama kepada konsep 1 Malaysia. Sepatutnya orang yang berkarisma dan berkebolehan perlu dilantik dalam memjawat jawatan tinggi kerajaan. Ini demi mewujudkan persaingan antara rakyat Malaysia.

Henry Lim berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Henry Lim berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Henry Lim berkata...

Kalu d lihat pada kenyataan YAB Perdana Menteri mengenai isu jawatan Ketua jabatan persekutuan d Sabah iaitu 37 daripada 80 jawatan atau 46.25% (Ini tidak termasuk jawatan Pengarah Pelajaran Labuan) dan selebihnya 47 (53.75%) adalah dari negeri-negeri lain kira ok la tu.
Secara Matematik 53.75% di bahagi dengan 12 negeri d Malaysia, makanya setiap negeri d Malaysia mempunyai wakil yang menjawat jawatan Ketua jabatan persekutuan d Sabah yang hanya mewakili 4.47% bagi setiap negeri. So,kita kena fikirkan dalam konteks Malaysia, dan kita juga harus bangga jika ada anak-anak Sabah yang menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Persekutuan di negeri - negeri lain d Malaysia( d Kedah, P.Pinang, Johor ke dan dsbnya.Sepatutnya, pemimpin politik Sabah memperjuangkan supaya anak Sabah d beri peluang menjawat jawatan Ketua Jabatan Persekutuan d negeri lain d Malaysia pula.

de engineur berkata...

Katakan negeri2 lain mewakili 53.7% ketua jabatan persekutuan di negeri Sabah, atau seperti kata Henry Lim, 4.47% untuk setiap negeri.

Maka, secara logiknya kita dari Sabah juga perlu mewakili sekurang2nya 4.47% ketua jabatan di negeri2 lain.

Contohnya 4.47% ketua jabatan persekutuan di Perak secara adilnya datang dari Sabah. Barulah dikatakan "bagi sama rata"

Ryzal72 berkata...

Assalamualaikum Tuan,
Pohon baca artikel saya di laman berikut http://www.mysuara.net/mendepani-politik-sabah-pasca-lajim-wilfred/ sebagai kesinambungan daripada artikel tn. Trm Kasih. Harap ia dapat disebarkan, khususnya kpd warga Sabahan.

Shintech berkata...


Bone Meal started out with an incredible objective of ensuring environmental sustainability through innovative green engineering. Our journey began as a fertilizer manufacturing company, utilizing available wastes and converting them into value-added nutrition for plants.