Ahad, 8 Ogos 2010

UPKO Mahu Anak Sabah Terajui Jabatan Persekutuan Di Sabah - Madius Tangau


Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) bimbang melihat sikap tidak serius pihak berkuasa dalam menaikan pangkat anak-anak Sabah untuk mengetuai Jabatan Persekutuan di Sabah dalam semangat borneonisasi perkhidmatan awam.

Setiausaha Agung UPKO Datuk Madius Tangau berkata, ibu pejabat UPKO tahu yang anak-anak Sabah lebih daripada layak mengetuai kedua-dua Jabatan Kastam dan Imigresen di Sabah.

“ Tetapi kami mendengar daripada khabar angin bahawa pegawai-pegawai dari tempat lain sekali lagi dilantik masing-masing sebagai Pengarah Kastam dan Imigresen. ”

“ Inilah peluang bagi Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan penyertaan rakyat Malaysia dari Sabah dengan memberi mereka peluang untuk menjadi Ketua Jabatan.”

Bukan berfikiran sempit, tetapi menurut Madius yang juga bekas Ahli Parlimen Tuaran adalah wajar supaya peluang yang saksama diberikan kepada rakyat Malaysia dari Sabah untuk berada dalam kumpulan membuat keputusan jentera Kerajaan.

UPKO berharap, Pegawai paling kanan Sabah dari Jabatan Kastam dan Imigresen dilantik sebagai Pengarah baharu bagi pejabat di Sabah, tegas Madius lagi.

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jika ada anak2 sabah yang berkelayakan, mereka harus diberi peluang menerajui jabatan persekutuan di sabah. mereka lebih memahami selok belok negeri sabah.

zam berkata...

kelayakan adalah paling penting dalam melantik seseorang individu itu. jika ada anak-anak Sabah yang berkelayakan, mereka perlulah dilantik menerajui jabatan persekutuan di Sabah.

tombolo berkata...

sebenarnya ramai anak2 sabah yang berkelayakan namun peluang yang dberikan tu terhad, harap anak2 sabah akan diberi peluang untuk menjawat jawatan tinggi dalam jabatan2 kerajaan persekutuaan neeri sabah.

Mahsiran berkata...

ini bukan masalah tidak menaikkan pangkat kepada orang sabah, tapi ini kerena mungkin kurang ilmu didada untuk memegang jawatan yang tinggi. mungkin pada masa akan datang tidak mustahil ada peluang untuk orang sabah itu sendiri.

Ted Medresher berkata...

diharapkan kerajaan persekutuan memandang serius dengan kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung UPKO ini. tidak salah jika jawatan itu diberikan kepada bumiputera Sabah yang memiliki kelayakan menepati keperluan jawatan tersebut.

Bi berkata...

Memang banyak yang layak tapi semua tidak pernah kena bagi peluang, itu yang menjadi antara masalah terbesar di Sabah...

Unknown berkata...

Diharapkan kerajaan memberikan peluang kepada anak-anak sabah yang benar-benar layak untuk memegang jawatan yang tinggi.

jsiput berkata...

The government should at least explain why they refuse to let promote the Sabahans.

joey berkata...

untuk mengisi sesuatu jawatan, individu perlulah memiliki kelayakan. jika terdapat anak Sabah yang layak, adalah patut jika mereka diberi peluang untuk menerajui jabatan persekutuan di Sabah. ini kerana anak Sabah lebih memahami keadaan di Sabah.

Unknown berkata...

Anak-anak Sabah who has the credibility to head the department should be given a chance to do so.

Sanih Alias berkata...

tunggu masa yang sesuai dan apabila anak sabah berkelayakkan tidak ada masalah untuk terajui Jabatan Persekutuan di sabah.

Unknown berkata...

bagilah peluang kpada anak sabah untuk memasuki Jabatan Persekutuan, mungkin mereka boleh mengabil pengalaman terlebih dahulu dalan jabatan persekutuan.

Ismail Mohd Rosli berkata...

Saya difahamkan jawatan Pengarah KASTAM yang baru telah diberikan oleh Pegawai Kastam dari Negeri Sembilan.....amat menyedihkan sekali suara Rakyat Sabah tidak dipedulikan oleh Kerajaan Persekutuan....

Ajin b. Gagah berkata...

Salam Denakan Ismail Mohd Rosli,
Sebelum itu izinkan saya untuk mengucapkan selamat berpuasa kapada sdra sekeluarga dan semuga dicucuri rahmat dari Allah yang maha pengasih.

‘Pertaining to’ isu yang diperbincangkan, saya berpendapat ada lah lebih baik kita mengkaji dulu latar belakang ‘bagaimana dan macammana’ perkara ini terjadi secara rasional dan kematangan. Maksud nya sejarah kenapa majoriti jawatan di jabatan perseketuan di polipori oleh mereka-mereka dari Semenanjung atau pun dari Sarawak?

Selalu nya, memang amat mudah untuk memberi komen secara sepintas lalu dan meluahkan perasaan yang emosi dan mungkin juga suara patriotik dari sini semata-mata untuk melepaskan geram kerana dendam, ketidak puasan dan juga perasaan yang berkobar untuk mendapat keadilan.

Namun begitu, keadaan ini seakan-akan sebagai sesuatu fenomena. Tiada tanda-tanda kearah penyelesaian.
Selaku seorang mantan pegawai kanan kerajaan negeri Sabah, saya maseh ingat pada suatu ketika dimasa yang lampau, rata-rata anak tempatan Sabah mengelakkan untuk berkhidmat dalam skim jabatan perseketuan..kenapa? Alasan mereka rasa selesa berkhidmat dengan jabatan negeri, disamping takut untuk ditukarkan di negeri-negeri disemenanjung. Disamping perasaan prasangka lambat di naikkan pangkat dalam jabatan perseketuan.

Justru itu, stastistik menampak kan, amat kurang anak-anak tempatan negeri Sabah yang sedang berkhidmat dalam jawatan yang kanan saperti Pengarah, Pengurus Besar, General Tentera dan Pegawai tinggi dalam kontingen Polis diRaja dll. kecuali seorang dua dan kebanyakan nya telah pun berpencen.

Dalam pada itu, pada akhir-akhir ini anak-anak tempatan Sabah mulai menampakkan kehadiran mereka dalam Jabatan dan sektor perseketuan. Disebabkan kekurangan jawatan dalam jabatan-jabatan negeri . Walau macam mana pun status mereka ini kalau di bandingkan dengan yang lain ada lah maseh ‘junior’ dsn.

So rasa nya, kalau kita serius untuk mengambil alih jawatan-jawatan dalam jabatan dan agensi perseketuan itu, kita kena lah banyakkan perundingan dengan pehak pentadbir di KL. Disamping itu kita buktikan bahawa kita punya kebolihan dan daya saing yang berkualiti dan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada Jabatan-Jabatan tersebut.

Sorry to say, play politic is not the answer to this problem.Otherwise and in due respect, lebih baik lagi balik kampung tanam getah.

Semoga kalian sukses

Ajin b. Gagah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ajin b. Gagah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

But as what i read this is not connected to any political purposes. This is the voice of Rakyat which is they wanted to be placed to where they belong and help their people.. Beside i am aware that the "allowance" for Sabah and Sarawak when duty in West Malaysia are little compared to WM people in both state... I think this is also an issue of unfair calculation...

Hanif Kassan berkata...

satuju! bravo!

Drift Financial Services berkata...

Always look forward for such nice post & finally I got you. Really very impressive post & glad to read this. Good luck & keep writing such awesome content. Best content & valuable as well. Thanks for sharing this content.
Web Development Company in Greater Noida
Software development company In Greater noida

CMS and ED
CMSED

Homoeopathic treatment for Psoriasis in greater noida
Medical Entrance Exams Classes In Gwalior